Kuala Selangor: Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, di sini, yang mampu memuatkan lebih 500 jemaah dibuka untuk solat Jumaat walaupun dilanda musibah banjir lumpur Rabu lalu.
Tinjauan wartawan di lokasi mendapati orang ramai memenuhi ruang solat utama dan ruang legar bagi melaksanakan solat Jumaat tengah hari tadi.
Pada masa sama, kawasan masjid berkenaan yang terjejas teruk sudah dibersihkan lebih 200 sukarelawan pagi tadi.
Selepas solat, pihak pengurusan masjid mengadakan solat hajat bagi memohon musibah sama tidak berulang kembali.






