Shah Alam: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi risiko banjir termasuk fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku lima hari bermula esok.
Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, kesiapsiagaan itu diperkukuhkan menerusi penyelarasan tindakan bersama agensi berkaitan pada Mesyuarat Penyelarasan Isu Banjir November 2026.
Beliau berkata, beberapa lokasi berisiko banjir diberi tumpuan antaranya Persimpangan Bukit Raja, Taman Mutiara Bukit Raja, Taman Melawis, Kampung Bukit Kapar, Taman Meru Indah, Taman Seri Kerayong, Taman Daya Maju dan Jalan Haji Salleh, Pekan Meru.
"Antara langkah yang diberi perhatian termasuk menaik taraf sistem saliran, pemasangan 'flap gate,' pembaikan paip pelepasan dan penyelenggaraan kolam takungan.










