Kuala Lumpur: Seorang bapa dipenjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandung perempuannya sehingga melahirkan anak, enam tahun lalu.
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 52 tahun, dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula hari, serta menjalani kaunseling dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 13 tahun 10 bulan semasa kejadian, yang hubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum agama untuk berkahwin.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada 12.30 tengah malam, November 2020, mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.









