KUALA LUMPUR: U Mobile dan Cradle Fund Sdn Bhd memperkukuh kerjasama bagi membantu syarikat pemula tempatan membangunkan serta menguji penyelesaian berasaskan 5G-Advanced (5G-A) dan kecerdasan buatan (AI).
U Mobile dalam kenyataan berkata, kerjasama menerusi Enterprise Innovation Platform (EIP) itu menyasarkan pembangunan penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan sebenar perniagaan.
Kerjasama itu menggabungkan ekosistem syarikat pemula, program dan saluran pembiayaan berpotensi Cradle dengan kemudahan teknikal, persekitaran ujian 5G-A dan AI serta rangkaian industri U Mobile.
Ia membuka peluang kepada syarikat pemula untuk meneroka pembangunan penyelesaian, menilai kebolehlaksanaan teknikal dan mempamerkan potensi penggunaannya kepada pihak berkepentingan dalam industri.









