MELAKA: Kerajaan digesa menjelaskan peraturan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi memastikan rakyat memahami asas undang-undang dan sekatan dikenakan terhadapnya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini masih belum jelas sama ada tahanan rumah mempunyai peraturan khusus seperti hukuman penjara atau sebaliknya.

Katanya, rakyat perlu mengetahui sama ada individu yang menjalani tahanan rumah bebas melakukan apa sahaja atau tertakluk kepada sekatan tertentu, termasuk pergerakan fizikal.

"Kita pernah keluarkan kenyataan dulu bahawa kita tak faham apa maksud tahanan di rumah. Adakah dia macam peraturan-peraturan di penjara?