Key takeaways
Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa telah menargetkan individu dengan masalah kewangan, terutamanya dari Sarawak dan Pahang, untuk direkrut sebagai keldai dadah ke luar negara. Empat orang ditahan di Brickfields, termasuk dalang asing, dan lima orang Malaysia ditahan di lapangan terbang Jakarta dan Tokyo.
- Empat individu, termasuk dalang asing, ditahan di Brickfields semasa operasi penahanan pada bulan September.
- Lima rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Jakarta dan Tokyo pada bulan September dan Oktober.
- Dalang asing, pemegang pasport Hong Kong, ditahan kerana menyeludup dadah dan telah keluar masuk Malaysia lebih 20 kali.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Golongan yang berdepan masalah kewangan, khususnya dari Sarawak dan Pahang dikesan menjadi sasaran utama sindiket penyeludupan dadah antarabangsa untuk direkrut sebagai keldai dadah ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata modus operandi sindiket yang aktif sejak September lepas itu terbongkar susulan penahanan empat individu termasuk seorang dalang warga asing di Brickfields di sini, semalam.
Beliau berkata sindiket terbabit sebelum ini dikenal pasti merekrut lima rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia serta lima lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo, Jepun pada September dan Oktober lepas.