JAKARTA – Seorang lelaki dipercayai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) menjadi sensasi internet kerana dirakam tidak boleh membaca dan mengeja, lapor laman berita Pewarta Nusantara.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infonesiaku.id menunjukkan beberapa anggota tentera dipercayai komander mengajar lelaki terbabit untuk mengeja perkataan ‘kuda’ dari sebuah buku kanak-kanak.

Selain tidak tahu mengeja, dia juga tidak boleh membaca perkataan tersebut.

Sebuah hantaran di media sosial mendakwa lelaki berkenaan berjaya melepasi ujian kelayakan kemasukan TNI.