KUALA TERENGGANU: Tujuh calon Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November depan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan demikian dan mempersoalkan logo mahu digunakan BERSATU kerana watikah calon perlu ditandatangani beliau.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan penggunaan logo (calon parti komponen PB) perlu ditandatangani Pengerusi PN. Macam mana BERSATU hendak bertanding guna logo PN. Soalan dan jawapan mengenai penggunaan logo kena tanya parti itu," katanya.

Terdahulu, Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu mengiringi Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan Seminar Biodiversiti di Dewan Besar Wisma Darul Iman (WDI), di sini hari ini.