BATU GAJAH: "Saya tidak tahu akan dibebaskan hari ini dan sangat terkejut," kata Siva, 33, seorang daripada prospek yang diberi pengampunan dan mendapat pembebasan awal sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, hari ini.
Siva berkata, dia langsung tidak menyangka akan diberi pembebasan awal dan terpilih dalam senarai Lembaga Pengampunan negeri ini.
"Sepatutnya saya dibebaskan pada Disember depan, selepas ini saya nak berubah.
"Banyak benda yang saya pelajari sepanjang berada dalam penjara ini antaranya bidang mekanikal, kemahiran menjahit, berkawad dan ilmu agama.









