Kuala Lumpur: Kajian Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mendedahkan, purata kerugian kenderaan elektrik (EV) akibat banjir empat kali lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, berdasarkan dapatan itu purata kerugian akibat banjir bagi EV hanya RM8,400 berbanding RM34,000 kenderaan ICE.
"Antara faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada perbezaan itu ialah ciri keselamatan EV termasuk sistem elektrik yang lebih terlindung serta keupayaan mengasingkan bekalan voltan tinggi secara automatik.
"Perbezaan itu turut dilihat dari segi tahap perlindungan apabila kira-kira 50 peratus pemilik EV mempunyai perlindungan banjir berbanding hanya 13 peratus pemilik kenderaan ICE," katanya pada Sesi Meja Bulat Media PIAM bertemakan Risiko Monsun, Perlindungan dan Pemulihan: Menghadapi Ribut Bersama-sama di Wisma PIAM di sini, hari ini.










