NEW YORK: Elon Musk membelanjakan hampir AS$500 juta (RM2.1 bilion) untuk pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS), namun perbelanjaan pada skala rekod itu tidak banyak memberikan pulangan kepada manusia terkaya dunia yang juga mengetuai SpaceX dan Tesla.
Hanya tiga daripada 43 calon Republikan yang disokong Musk bagi kerusi Dewan Perwakilan memenangi pilihan raya pada malam Selasa, berbanding 33 calon yang tewas.
Keputusan bagi baki tujuh kerusi belum diumumkan sehingga lewat Rabu, meskipun calon Demokrat mendahului dalam pengiraan undi setakat ini.
Daripada tujuh calon Republikan yang disokong Musk bagi kerusi Senat, enam tewas manakala keputusan bagi satu lagi kerusi masih belum dimuktamadkan.









