Madrid: Kesatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) meminta semua perlawanan hujung minggu ini ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada penyerang Tenerife, Jesus de Miguel yang meninggal dunia minggu ini.

De Miguel menghembuskan nafas terakhir selepas terbabit dalam pertembungan mengerikan dengan penjaga gol Andorra, Jesus Owono ketika aksi divisyen dua pada Isnin lalu.

AFE berkata, pemain lelaki dan wanita daripada semua kategori yang dihubungi kesatuan itu sebulat suara berpendapat perlawanan hujung minggu ini tidak sepatutnya berlangsung.

Aksi Tenerife menentang Granada dan pertembungan Andorra dengan Mallorca sudah ditangguhkan, begitu juga beberapa perlawanan Piala Sepanyol yang dijadual berlangsung pada pertengahan minggu.