Key takeaways
Kuching City FC menewaskan Gangwon FC 2-0 dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 di Stadium Taha Ariffin, Kuching, sekali gus meraih kemenangan sulung di pentas Asia.
- Kuching City FC menang 2-0 menentang Gangwon FC dalam perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2.
- Perlawanan berlangsung di Stadium Taha Ariffin, Kuching, dengan Kuching City beraksi tanpa beberapa pemain utama.
- Kemenangan ini menghadiahkan tiga mata penting dan menghidupkan semula peluang Kuching City di peringkat Asia.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUCHING: Kuching City FC membuktikan kemampuannya dengan menewaskan Gangwon FC 2-0 meskipun beraksi tanpa beberapa pemain utama dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin malam tadi.
Kemenangan sulung itu menghadiahkan tiga mata penting sekali gus kembali menghidupkan peluang The Cats di pentas Asia.
Tuan rumah bermula garang seawal minit kedua menerusi jaringan Jerome Etame, hasil lorongan Safawi Rasid namun ia tidak disahkan kerana ofsaid.
Kuching City terus memberi tekanan kepada benteng Gangwon menerusi serangan dari kedua-dua arah.