ALOR GAJAH: Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu mencipta kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, meskipun negeri itu bukan kubu kuat gabungan berkenaan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan itu mampu dicapai menerusi sokongan rakyat yang mahukan pembaharuan, seperti yang berlaku di Selangor dan Perak sebelum ini.

"Anda fikirkan rakyat dan negara ini. Saya harap kawan-kawan semua betul-betul buktikan. Saya tahu Melaka bukan kubu PH.

"Dulu Selangor tidak pernah menjadi kubu PH, begitu juga Perak. Ada masa pasang surut.