Kuching: Kuching City FC membuktikan kemampuannya dengan menewaskan Gangwon FC 2-0 meskipun beraksi tanpa beberapa pemain utama dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin malam tadi.

Kemenangan sulung itu menghadiahkan tiga mata penting sekali gus kembali menghidupkan peluang dalam The Cats saingan pentas Asia.

Tuan rumah bermula garang seawal minit kedua menerusi jaringan Jerome Etame, hasil lorongan Safawi Rasid namun ia tidak disahkan kerana ofsaid.

Kuching City terus memberi tekanan kepada benteng Gangwon menerusi serangan dari kedua-dua arah.