Melaka: Penyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak memecahkan undi dengan memberikan sokongan kepada parti baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kerana tindakan itu boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kerjasama BN dan PN di Melaka memberikan kelebihan kepada gabungan berkenaan, sekali gus menyukarkan usaha PH untuk berdepan mereka dalam pilihan raya kali ini.

"Paling penting jangan pecah undi. Hendak kalahkan BN dan PN tidak mudah. Sekarang ada banyak kawasan yang mempunyai tiga atau empat penjuru.

"Ada juga parti baharu... kita perlu tahu jika kita memberi undi kepada parti baharu ini, ia akan hanya memecahkan undi kerana mereka tidak boleh menang.