MELAKA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengingatkan penyokong parti itu serta Pakatan Harapan (PH) tidak memecahkan undi dengan memberikan sokongan kepada parti baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tegas beliau, tindakan itu boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang kini menjalin kerjasama, sekali gus menyukarkan usaha PH untuk berdepan mereka dalam pilihan raya kali ini.
"Hendak kalahkan BN dan PN tidak mudah. Sekarang ada banyak kawasan yang mempunyai tiga atau empat penjuru.... ada juga parti baharu.
"Kita perlu tahu jika kita memberi undi kepada parti baharu ini, ia akan hanya memecahkan undi kerana mereka tidak boleh menang.









