Shah Alam: Air dari kolam takungan di Taman Seri Alam, Saujana Utama di Bandar Puncak Alam melimpah sehingga membanjiri kawasan perumahannya susulan hujan lebat sejak pukul 4 petang tadi.

Malah, limpahan berkenaan didakwa sudah pun memasuki rumah yang terletak di Jalan Seri Alam 1, sehingga memaksa penduduk mengalihkan, menyelamatkan barangan berharga dan memindahkan kenderaan ke tempat selamat.

Menerusi perkongsian video oleh Zamron Mat dalam Facebooknya, kolam tadahan itu penuh sehingga melimpah dan menyebabkan banjir serta menyifatkannya lebih teruk berbanding sebelum ini.

"Kolam tadahan di Taman Seri Alam dah overflow (melimpah), ia lebih teruk berbanding sebelum ini. Ada rumah yang dah naik (air). Memang melimpah lebih teruk berbanding sebelum ini dan ia menghala ke Jalan 3, 4 dan 14.