Tangga Batu: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencuri wang rakyat dan tidak akan berundur daripada usaha memerangi rasuah serta penyelewengan, meskipun berdepan kritikan pihak tertentu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perdana Menteri berkata, beliau memahami ada pihak yang tidak menyukainya dan mahu menjatuhkannya, namun perkara itu tidak akan menghalangnya daripada terus membanteras amalan penyelewengan.

"Apa pun orang boleh hentam saya, saya terima. Tapi saya tak curi duit rakyat.

"Saya faham banyak orang tak suka saya. Saya faham banyak mahu jatuhkan saya. Sebab apa? Sebab kita keras lawan orang yang sakau," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana 'Melaka Rumah Kita' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, di sini, malam ini.