GEORGETOWN: Semua aktiviti sekolah yang dirancang pada Sabtu dan Ahad ini dibenarkan untuk diteruskan, tertakluk kepada perkembangan semasa serta tahap kualiti udara di kawasan masing-masing.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dalam satu kenyataan bagaimanapun mengingatkan pihak sekolah sentiasa memberi perhatian terhadap beberapa panduan dan langkah berjaga-jaga yang ditetapkan demi keselamatan murid.
Pengecualian aktiviti luar boleh diberi kepada murid yang mengalami masalah pernafasan atau kurang sihat.
"Aktiviti fizikal yang terlalu lasak di luar perlu dikurang sekiranya keadaan kualiti udara merosot.






