KUALA LUMPUR: Kepakaran bidang autisme perlu diperluas ke sekolah kerajaan termasuk di luar bandar bagi memastikan murid yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD) mendapat sokongan sewajarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata kepakaran dan ilmu dimiliki pusat autisme tidak seharusnya terhad kepada keluarga berkemampuan sahaja.
Katanya, kepakaran itu perlu diperluaskan supaya dapat diakses semua golongan masyarakat pelbagai peringkat.
"Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi menyokong kanak-kanak dan individu autisme, termasuk pengumuman peruntukan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu bagi menubuhkan sebuah pusat autisme di setiap negeri.









