Sydney: Jordan membatalkan perlawanan antarabangsa minggu depan menentang Indonesia atas permintaan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) tetapi menyatakan perlawanan persahabatan dengan Australia di Amman akan diteruskan walaupun terdapat situasi keselamatan di Timur Tengah.
Persatuan Bolasepak Jordan (JFA) mengumumkan pembatalan perlawanan menentang Indonesia pada Jumaat dengan menyatakan PSSI memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perlawanan terbabit.
"Kami memutuskan untuk membatalkannya terutamanya atas faktor pertimbangan keselamatan," kata seorang pegawai PSSI kepada REUTERS, hari ini.
"Kami sedia maklum bahawa situasi di Timur Tengah kini tidak begitu baik, jadi kami mengambil kira kebimbangan yang boleh menjejaskan kesejahteraan psikologi pemain dan pasukan.








