Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menamatkan penantian lapan tahun apabila muncul pasangan Malaysia pertama mara ke separuh akhir Terbuka Korea, selepas menundukkan pasangan dari jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas pasangan pilihan ketiga kejohanan berkenaan terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 21-14, 26-24 dalam aksi suku akhir.
Kejayaan itu turut menyaksikan mereka mara ke separuh akhir kedua musim ini selepas muncul juara Terbuka Perancis, sekali gus meneruskan momentum positif dalam kempen antarabangsa mereka.
Menanti Wei Chong-Kai Wun di separuh akhir ialah pilihan pertama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, atau pilihan kelapan dari China, Wang Chang-Xie Haonan, yang akan menentukan lawan mereka bagi perebutan tiket ke final.









