KUALA LUMPUR: Cabaran dua wakil negara di kejohanan badminton Terbuka Hylo terhenti di separuh akhir selepas kedua-duanya gagal meneruskan momentum kemenangan, sekali gus menyaksikan kempen Malaysia di kejohanan itu berakhir.
Hasrat beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-La Pei Jing untuk mengulangi pencapaian mara ke final seperti dilakukan pada Terbuka Perancis minggu lalu tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kedua kejohanan yang juga juara Terbuka Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Pasangan negara itu terpaksa akur selepas tewas kepada pasangan Perancis, 22-20, 21-16, 17-21 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 70 minit.
Ia adalah penampilan kelima Pang Ron-Pei Jing di separuh akhir sejak mereka bergandingan.






