BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh pada aksi pusingan 16 hari ini.Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinnam itu, Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan mencatat kemenangan 24-22, 21-12 dalam masa 33 minit. Pada aksi suku akhir, Wei Chong-Kai Wun dijadualkan berdepan pemenang pertemuan antara dua beregu Jepun, Takuto Goto-Tsubasa Yoshida dan Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa.Turut mengesahkan tempat ke suku akhir ialah beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang menewaskan pasangan Korea Selatan, Jin Sung Ik-Lee Seung Hee 21-8, 21-15.Pang Ron-Pei Jing bakal menentang pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin bagi merebut slot ke separuh akhir.Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse mengalami nasib berbeza apabila gagal meneruskan kemaraan selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China Cheng Xing-Zhang Chi 7-21, 13-21. - Bernama
Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir Terbuka Korea

Key takeaways
Man Wei Chong-Kai Wun melangkah ke suku akhir Badminton Terbuka Korea 2026 selepas mengalahkan pasangan Taiwan 24-22, 21-12, dan akan berdepan juara Jepun.
- Wei Chong-Kai Wun, pilihan ketiga, menewaskan Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh dalam 33 minit.
- Dia akan bertemu pemenang antara Takuto Goto-Tsubasa Yoshida dan Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa.
- Pasangan campuran Malaysia, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, juga ke suku akhir, menentang pilihan utama China.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Pang Ron-Pei Jing mara ke suku akhir
- Harian Metro Aaron-Wooi Yik mara suku akhir tanpa berpeluh
- Berita Harian Everton singkir Newcastle, mara ke suku akhir Piala Liga
- Sinar Harian Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir Terbuka Korea (this story)
- Harian Metro Man-Tee mara suku akhir








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F12%2F4754873d2a5bd3e270f2a0a1a6b3f5c6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)