KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menamatkan penantian lapan tahun apabila muncul pasangan Malaysia pertama ke separuh akhir Terbuka Korea, selepas menundukkan pasangan dari jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan pilihan ketiga kejohanan itu terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 21-14, 26-24 dalam aksi suku akhir.

Pasangan ranking kesembilan dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan 11-18 pada set kedua untuk mengelak perlawanan diheret ke set penentuan.

Selepas menguasai set pertama 21-14, gandingan negara berdepan tekanan apabila Kawabe-Matsukawa mula menguasai permainan dan mendahului dengan kelebihan tujuh mata.