Key takeaways
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menuntut Menteri Pengangkutan Anthony Loke menunaikan janji meletakkan jawatan jika Najib Razak dibebaskan. UMNO mengesahkan denda RM50 juta telah dibayar sepenuhnya untuk membolehkan Najib menjalani baki hukuman di rumah.
- Ahmad Zahid Hamidi mendesak Anthony Loke meletakkan jawatan serta-merta jika Najib dibebaskan dari penjara.
- UMNO mengesahkan pembayaran denda RM50 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah selesai.
- Anthony Loke berkata beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Anwar Ibrahim pada 29 September lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
ISTANBUL – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke perlu menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan dari penjara berikutan selesai membayar denda RM50 juta bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Loke sepatutnya meletakkan jawatan serta-merta sekiranya Najib dibebaskan (dari Penjara Kajang untuk jalani hukuman tahanan di rumah) hari ini.
“Saya harap beliau akan menunaikan janjinya, saya berpendapat perkara ini bukan sekadar kenyataan politik.
“Beliau mesti berbuat demikian serta-merta sekiranya Datuk Seri Najib dibebaskan hari ini,”