LIPIS – Niat seorang ibu kepada lima anak untuk keluar mencari rezeki buat keluarganya tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Kampung Gua Exit Lingkaran Tengah Utama (LTU), di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Nur Suara Puteri Mohd Norddin, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialaminya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Lembar di sini dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang makanan di Jalan Peruang, Jerkoh di sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 19 tahun bertembung dengan motosikal mangsa.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)