PUTRAJAYA- Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke rumahnya selepas dibenarkan menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
Anthony berkata, beliau tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatan itu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.
Beliau berkata, surat peletakan jawatan sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu, namun diminta untuk terus menjalankan tugas sehingga isu pembayaran RM50 juta diselesaikan dan Najib dibenarkan pulang ke rumah.
Menurutnya, pembayaran RM50 juta itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pagi tadi, namun beliau dimaklumkan Najib masih belum dibenarka










