SHAH ALAM: Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields dan masjid lain di Puncak Alam, Sungai Bulih dan Kuala Selangor yang terjejas banjir boleh digunakan untuk melaksanakan solat Jumaat hari ini selepas kerja pembersihan dijalankan sejak semalam.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata semua masjid dan surau dengan kebenaran menunaikan solat Jumaat di Selangor boleh melaksanakan ibadah itu seperti biasa pada hari ini.
"Setakat ini, semua (masjid dan surau dengan kebenaran solat Jumaat) boleh melaksanakan solat Jumaat hari ini.
"Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields juga boleh selepas gotong-royong kerja pembersihan yang dibuat sejak semalam dan pagi tadi.









