KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM1,000 kepada 12,033 pemandu teksi dan kereta sewa mula dilaksanakan pada 4 November lalu menerusi pindahan terus ke akaun bank atau pembayaran tunai di kaunter bank.

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 15,062 pemandu teksi dan kereta sewa dikenal pasti berdaftar untuk menerima bantuan itu berdasarkan rekod kad pemandu yang masih aktif sehingga 30 September lalu.

"Daripada jumlah itu, seramai 2,619 pemandu sudah menerima bantuan menerusi baucar tunai Bank Simpanan Nasional (BSN) antara 14 Oktober hingga 2 November lalu.

"Penyerahan baucar berkenaan membabitkan pemandu yang dijemput menghadiri majlis penyerahan bantuan di Putrajaya, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.