SUNGAI UDANG: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak leka atau terlalu yakin dengan sokongan pengundi kerana polanya boleh berubah pada bila-bila masa, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, perubahan pola sokongan itu perlu diberi perhatian serius, terutama apabila keputusan pilihan raya terdahulu membuktikan sokongan pengundi tidak semestinya kekal.

Menteri Besar Pahang berkata, pengalaman BN kehilangan banyak kerusi di Melaka selepas berjaya membentuk kerajaan sebelum ini sepatutnya menjadi peringatan kepada seluruh jentera parti supaya tidak mengambil mudah baki tempoh kempen.

Katanya, jentera perlu terus bekerja keras mendekati pengundi dan tidak menganggap kemenangan calon BN sudah terjamin hanya berdasarkan kekuatan parti atau prestasi terdahulu.