Putrajaya: Kelab berpengkalan di Utara, Star City FC membuktikan mereka tidak sekadar ghairah mengejar kejayaan segera di atas padang, sebaliknya serius melakar pelan jangka panjang demi memperkukuh akar umbi sukan tempatan.

Langkah signifikan itu dizahirkan menerusi usaha strategik kelab menjalin kerjasama rasmi bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menubuhkan pasukan Bawah 20 tahun (B-20) untuk bersaing dalam kancah saingan Liga A2.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan menegaskan bahawa perancangan menyeluruh ini adalah satu keperluan dalam industri bola sepak moden bagi memastikan pembangunan pemain pelapis tidak dipinggirkan.

"Bagi pihak kami, kerjasama ini adalah satu langkah penting dalam perancangan jangka masa panjang.