IWK dan MPM jalin usahama untuk mengalakkan pemahaman, penerimaan serta penyertaan yang lebih bermakna oleh golongan OKU dalam kehidupan seharian, terutama menjelang Sukan Para Asean 2027.PETALING JAYA: Indah Water Konsortium (IWK) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keterangkuman golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi inisiatif '#WeThe15: Inclusive Together'.

WeThe15 merupakan gerakan global yang mewakili golongan OKU, bertujuan menangani diskriminasi, menghapuskan halangan serta memperjuangkan hak dan peluang yang sama rata.

IWK dan MPM mahu membawa mesej global ini lebih dekat kepada masyarakat menerusi '#WeThe15: Inclusive Together', dengan menggalakkan pemahaman, penerimaan serta penyertaan yang lebih bermakna oleh golongan OKU dalam kehidupan seharian.