PETALING JAYA: Trak makanan elektrik (EV) pertama di Malaysia di lancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai sebahagian langkah bagi memperkukuh ekosistem pengangkutan hijau.

Pengenalan trak makanan EV sempena pameran Taste & Trade 360 (TT360) 2026 itu juga dilihat sebagai alternatif ketika pengusaha sektor makanan dan minuman (F&B) berdepan tekanan akibat peningkatan kos operasi serta kekangan tenaga kerja.

Pameran selama tiga hari di KLCC itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, dengan menampilkan 260 reruai pameran membabitkan pembekal tempatan dan antarabangsa.

Trak makanan EV berkenaan, yang dikuasakan oleh X-Miles menerusi kerjasama dengan Chery, menggabungkan teknologi kenderaan elektrik dengan kemudahan dapur komersial dalam sebuah kenderaan.