STOCKHOLM: Pasukan arkeologi di Sweden membuat penemuan luar biasa apabila menemukan 45 keping syiling perak purba dari era Empayar Rom, termasuk dua daripadanya yang dipercayai merupakan syiling tiruan.
Penemuan bersejarah di pangkalan tentera itu diumumkan secara rasmi oleh Angkatan Tentera Sweden berikutan kerja-kerja penggalian di tapak berkenaan, baru-baru ini.
Kesemua artifak berkenaan ditemukan ketika ekskavasi arkeologi dijalankan bagi merancang pembesaran pangkalan tentera Rejimen Gotland di pulau berkenaan.
“Semasa salah satu siri penggalian dijalankan, satu penemuan luar biasa telah direkodkan iaitu harta karun perak bersama syiling Rom yang berasal dari abad kedua Masihi,” menurut kenyataan Angkatan Tentera Sweden.






