Kuala Lumpur: Situasi banjir di Selangor semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 1,175 orang membabitkan 343 keluarga yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima PPS dibuka di Kuala Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman (637 mangsa, 153 keluarga); SK Dato' Maharaja Lela (123 mangsa, 43 keluarga); SK Parit Mahang (56 mangsa, 13 keluarga); Sekolah Agama Batu Lapan Ijok (51 mangsa, 16 keluarga) dan SK Jaya Setia (46 mangsa, 15 keluarga).
Empat PPS pula dibuka di Shah Alam yang menempatkan 67 mangsa daripada 17 keluarga di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Seksyen U5; SK Merbau Sempak (66 mangsa, 28 keluarga) dan Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang (50 mangsa, 11 keluarga).








