Seramai 1,120 mangsa daripada 284 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara di Selangor susulan situasi hujan lebat yang melanda negeri itu malam tadi. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga kawasan di Selangor bagi menempatkan 1,120 mangsa daripada 284 keluarga setakat 11.30 malam tadi susulan situasi hujan lebat yang melanda negeri itu.

Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS telah dibuka di Kuala Selangor, yang menempatkan 734 mangsa daripada 187 keluarga, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, SK Jaya Setia dan Sekolah Agama Batu 8 Ijok di mukim Ijok manakala SK Dato’ Maharaja Lela di Jeram.