SHAH ALAM: Sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga kawasan di Selangor bagi menempatkan 1,120 mangsa daripada 284 keluarga setakat 11.30 malam ini, susulan situasi hujan lebat yang melanda negeri itu.
Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan empat PPS dibuka di Kuala Selangor, menempatkan 734 mangsa daripada 187 keluarga, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, SK Jaya Setia dan Sekolah Agama Batu 8 Ijok di mukim Ijok manakala SK Dato' Maharaja Lela di Jeram.
"Selain itu, empat PPS dibuka di Shah Alam, iaitu SK Merbau Sempak, Dewan Seri Pagi Kampung Paya Jaras U19 dan Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di mukim Paya Jaras serta Dewan Siantan Kampung Melayu Subang di Kota Damansara melibatkan 369 mangsa daripada 82 keluarga.









