Jelebu: "Ketika ini belum ada notis dikeluarkan berhubung sidang khas dewan atau sidang penggal Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Klawang, Danni Rais.

Beliau memaklumkan setakat ini panggilan ke sidang itu masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha DUN.

"Tapi saya rasa yang paling penting kita kena adakan juga sidang DUN bagi pembentangan belanjawan kerana ia sangat berkait rapat dengan rakyat," katanya ditemui pada majlis Sumbangan Deepavali di Kuala Klawang,malam ini.

Danni berkata, oleh kerana masa depan negeri ditentukan oleh belanjawan sudah semesti semua pihak akan mengambil keputusan yang elok dan terbaik demi untuk rakyat Negeri Sembilan.