KUALA LUMPUR: Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Negeri Sembilan boleh terbubar dengan sen­dirinya pada Februari 2027 sekiranya tiada sidang diadakan sehingga tempoh berkenaan.

Situasi itu memerlukan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menyelesaikan isu proklamasi mem­­babitkan Yang di-Pertuan Be­sar Negeri Sembilan sesegera mungkin bagi membolehkan Sidang DUN diadakan, termasuk untuk pembentangan belanjawan negeri.

Bekas Menteri Besar, Datuk­ Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri belum memperoleh proklamasi untuk me­ngadakan Sidang DUN selepas tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersetuju bahawa proklamasi penurunan takhta Tuan­ku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah sah dan berkuat kuasa.