ISTANBUL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis memaklumkan 1,771 orang terbunuh, manakala 7,959 lagi cedera di Yaman sejak Ogos susulan peningkatan pertempuran, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut laporan WHO, seramai 94 orang terbunuh dan 564 lagi cedera antara 26 hingga 30 Oktober.

Angka itu menunjukkan purata 132 mangsa terbunuh dan cedera sehari, meningkat berbanding purata 93 orang sehari dalam tempoh pelaporan sebelumnya, sekali gus mencerminkan peningkatan kadar korban dan kecederaan, menurut agensi itu.

WHO bagaimanapun tidak menyatakan sama ada angka berkenaan membabitkan orang awam, anggota tentera atau kedua-duanya.