Wisma Putra sedang memantau keadaan dengan teliti susulan impak Taufan Champi yang membawa angin kencang, hujan lebat dan gangguan meluas terhadap pengangkutan serta perkhidmatan awam. (Gambar EPA Images)KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang cedera ringan sedang dirawat di Taiwan akibat kesan Taufan Champi, menurut Kementerian Luar.

Kementerian Luar yang turut dikenali Wisma Putra memaklumkan perkara itu disahkan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei yang menyediakan bantuan konsular kepada dua mangsa terbabit.

"(Pusat) berkenaan terus berhubung rapat dengan kumpulan pelajar Malaysia dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau perkembangan dan menjaga kebajikan rakyat Malaysia di Taiwan," katanya dalam kenyataan.