KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat menjadikan sambutan Deepavali untuk terus menyemai kebaikan, saling menghormati dan memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya dan kepercayaan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata di sebalik kepelbagaian budaya dan kepercayaan, rakyat berkongsi nilai yang sama iaitu kasih sayang, persefahaman dan keinginan untuk hidup bersama dalam suasana aman dan damai.

"Inilah keindahan Malaysia yang harus terus kita pelihara. Selamat menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya!," kata beliau.

Anwar turut memuat naik video berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan tinjauan beliau ke Bazar Mega Deepavali 2026 di Brickfields, di sini, semalam.