KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.Beliau berkata, kerajaan mengambil serius perkembangan itu dan telah mengadakan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Khas semalam bagi meneliti tahap kesiapsiagaan negara serta keupayaan mekanisme sedia ada dalam menghadapi krisis dan ancaman hibrid."Hasil perbincangan tersebut, kerajaan berpandangan bahawa mekanisme pengurusan keselamatan dan krisis negara yang sedia ada perlu terus diperkukuh, khususnya dari segi penyelarasan antara agensi, perkongsian maklumat dan kejelasan peranan setiap pihak."Pendekatan ini penting bagi memastikan tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, tanpa pertindihan tanggungjawab atau kelewatan dalam membuat keputusan," kata Anwar.Beliau berkata demikian ketika membentangkan kenyataan berhubung tahap kesiapsiagaan keselamatan negara dalam menghadapi perkembangan konflik geopolitik dan ketegangan keselamatan serantau serta antarabangsa di Dewan Rakyat pada Selasa. - Bernama
[VIDEO] Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar
Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan keperluan memperkukuh mekanisme pengurusan krisis negara menghadapi ancaman global.
- Kerajaan akan tingkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman keselamatan global.
- Ancaman kini melibatkan serangan siber dan gangguan rantaian bekalan.
- Pemerkukuhan mekanisme krisis termasuk penyelarasan antara agensi dan perkongsian maklumat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 3, 2026 at 12:13 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today AS beri amaran ancaman keselamatan meningkat di Arab Saudi
- Sinar Harian [VIDEO] Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar (this story)







