JELEBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Danni Rais, memaklumkan sehingga kini belum ada sebarang notis dikeluarkan berhubung sidang khas atau sidang penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
Wakil rakyat mewakili Parti Wawasan Negara (WAWASAN) itu juga berkata panggilan ke sidang itu juga belum dimaklumkan oleh Setiausaha DUN.
"Tapi saya rasa yang paling penting kita kena adakan juga sidang DUN bagi pembentangan belanjawan kerana ia sangat berkait rapat dengan rakyat," katanya ketika ditemui pada majlis Sumbangan Deepavali di Kuala Klawang,malam ini.
Menurut Danni, oleh kerana masa depan negeri ditentukan belanjawan, sudah semestinya semua pihak akan mengambil keputusan yang elok dan terbaik demi untuk rakyat Negeri Sembilan.









