Kuala Lumpur: Kerjasama antara Lynas Rare Earths Ltd (Australia) dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertujuan memudah cara pemuktamadan perjanjian bekalan bahan bagi industri pembuatan moden yang menyokong usaha AS dalam mencapai objektif daya tahan bekalan nasionalnya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Lynas Malaysia memaklumkan bahawa perjanjian berkenaan adalah urusan komersial yang diuruskan secara langsung oleh subsidiarinya, Lynas LLC USA dengan pihak AS.

Katanya, bekalan oksida nadir bumi berkenaan adalah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor pembuatan magnet kekal yang sedang diterokai AS.

"Syarikat itu juga memaklumkan bahawa bekalan oksida nadir bumi dibekalkan itu adalah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor perindustrian pembuatan magnet kekal yang sedang diterokai oleh AS.