IPOH – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainuddin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman mendahului senarai 218 bakal penerima darjah kebesaran, dan Pingat-pingat Negeri Perak sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-70 pada Sabtu ini.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Zainuddin berkata, sambutan pada tahun ini akan dimulakan dengan penganjuran Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat yang akan diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada waktu solat Jumaat esok.
“Majlis yang sama akan turut diadakan di semua masjid-masjid daerah di seluruh negeri diketuai oleh Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah mengikut daerah masing-masing.








