KUALA LUMPUR: Nile Tech Sdn Bhd tidak diberikan akses kepada pangkalan data portal MyJPJ melalui pautan dan tiada maklumat profil pengguna dihantar secara automatik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew paparan perkhidmatan insurans dalam MyJPJ adalah dalam bentuk pautan sahaja.

"Apabila pautan itu dipilih, pengguna akan dibawa keluar daripada aplikasi MyJPJ ke portal Nile Tech. Semua urusan dan transaksi pembaharuan insurans dilaksanakan di portal itu.

"Pautan ini tidak membabitkan integrasi sistem atau penghantaran data peribadi daripada MyJPJ kepada portal insurans itu.