ASUNCION – Bank Pusat Paraguay (BCP) mengarahkan campur tangan terhadap bank digital, Ueno Bank Selasa lalu selepas mendapati nisbah kecukupan modalnya jatuh di bawah 50 peratus daripada tahap minimum yang ditetapkan, lapor stesen penyiaran BBC
Krisis itu menyebabkan dana kerajaan serta simpanan berjuta-juta pelanggan dan pesara terpaksa dibekukan.
Keputusan yang diumumkan pagi Selasa lepas itu dicapai secara sebulat suara oleh lembaga pengarah bank pusat dan mencetuskan penutupan penuh semua perkhidmatan Ueno Bank.
Para pengguna melaporkan bahawa mereka tidak dapat melakukan sebarang transaksi menerusi mesin ATM mahupun platform perbankan dalam talian.









